Puisi - Tersembunyi Pada Hati

Tuesday, April 27, 2010

 

Credit: KissMeAtApocalypse from Deviant Art



Puisi - Tersembunyi pada hati


kamu tidak melihat
kerna itu ia tersembunyi
bicara kasih daripada Ilahi
yang wujudnya tidak bertepi

kamu tidak memerhati
kerna itu ia tersembunyi
rahmat dan cinta daripada Ilahi
yang hadirnya dalam diri

kenapa tidak kau dongakkan kepala
meneliti apa yang wujud di angkasa
bukankah di situ terdapat tanda-tanda
akan harga sayang-Nya kepada kita

kenapa tidak kau toleh sekeliling
menghayati apa yang wujud dalam lingkungan deria
bukannya semuanya menakjubkan sukma
hingga tidak ternilai hendak mengira nikmat-Nya

Kamu tidak meneliti
kerna itu ia tersembunyi
tersembunyi jauh di dalam hati yang terkunci
kau tidak membukanya
kerna itu ia terus tersembunyi
tersembunyi jauh di dalam hati


~angkasa sakti
2.50am
270410
Lagu Take It Back
Puisi Tersembunyi Pada Hati

1 comments:

akuinsanlemah said...

maka bukalah mata hati, bersihkan ia dr debu dan daki.

kita selalu prihatin terhadap kesihatan mata yg melihat..

tak prihatin terhadap kesihatan mata hati yang menterjemah apa yg dilihat..

maka yg benar kekal tersembunyi..

sungguh,
beruntunglh bagi org2 yg berfikir..
mata hatinya sihat mencari makrifat..