Showing posts with label luahan. Show all posts
Showing posts with label luahan. Show all posts

Suka minta belas.

Saturday, May 15, 2010

1 comments  

Credit: SilentSpiritWolf from Deviant Art



Manusia suka meminta belas manusia. Kadangkala, lebih dari Allah. Eh, adakah kadangkala itu benar untuk aku gunakan? Atau sememangnya, biasanya manusia melebihkan manusia berbanding Allah? Aaah.. aku lepaskan itu untuk manusia yang menilai diri mereka sendiri.

Jadi manusia, kenapa kamu selalu meminta belas dari manusia lain? Bukanlah belas ini aku maksudkan hanya pada kasihan dan kasih sayang. Kadangkala, perhatian dan populariti juga merupakan satu bentuk belas.

Mungkin orang akan menempelak aku. TAK BOLEH KE???? Apa kata kau lepaskan tempelak kau itu kepada Allah? HEI ALLAH, TAK BOLEH KE AKU MINTA BELAS KAT ORANG LAIN?

Aku mengira, apakah Allah tidak cukup untuk manusia?

Ya, manusia perlukan manusia. Itu bicara sahabatku. Tetapi keperluan manusia kepada manusia pun, tidaklah pernah mengurangkan sedikit pun keperluan manusia kepada Allah. Ini selalunya, Allah ditinggal, manusia dilebihkan.

Dan tidak pernah sekali, apabila manusia dilebihkan daripada Allah, ianya membawa kebaikan.

Manusia, kamu boleh fikir-fikir apa yang aku cakapkan.

Manusia, aku kasihan kalian.

Tuesday, April 20, 2010

5 comments  

Credit: Spaild fromDeviant Art


Hidup ni,kalau kita hanya inginkan perhatian manusia,percayalah kita akan kecewa. Semenjak aku terlahir, aku sudah melihat ramai manusia. Mereka berpaut kepada manusia lain dan akhirnya kecewa. Kemudian berbising-bising bertanya di manakah bahagia. Melalak-lalak kenapa rasa tidak tenang di dalam jiwa.

Kenapa manusia tidak pernah melihat kepada Yang Menghidupkan mereka?

Kenapa manusia tidak pernah terfikir akan Yang Memberikan mereka rezeki ketika di dalam rahim?

Yang Membelai tanpa tangan-Nya yang terlihat, Yang Maha Penyayang tanpa batas, Yang Maha Pengasih tanpa wujud tandingan. Kenapa mesti manusia yang hendak dijadikan matlamat di pengakhiran?

Kerja kerana manusia, belajar kerana manusia, tersenyum kerana manusia, tidakkah ianya memenatkan? Manusia itu makhluk kerdil. Tidak kuat. Lemah. Tidak mampu dalam banyak perkara. Terbatas. Mustahil manusia mampu memenuhi hak kita sepenuhnya.

Jadi kenapa aku lihat ada manusia sujud kepada manusia?Menakutinya seakan-akan mereka Tuhan kepada sebahagian mereka yang lain?

Aku tidak mengerti. Allah Pemilik Bahagia, Pencipta Senang, justeru kenapa manusia tidak tunduk kepada-Nya?

Patutlah bahagia tidak mampir. Patutlah kesenangan tak terwujud. Patutlah ketenangan tidak hadir.

Saban hari hanya lelah mengejar redha yang kerdil.

Sedang Yang Maha Besar, Yang Sentiasa Memerhati, Yang Luas Kasih Cinta-Nya, langsung tidak diperhati.

Manusia, nyata makhluk yang kebanyakannya merugi diri.

Aku kasihan.


Biar sendirian

Monday, April 19, 2010

3 comments  

Picture by: nenee from deviant art


Aku tak pandai panjang bicara. Aku memang tak banyak berkata-kata.

Sebab aku sendiri. Dari lahir hinggalah ke hari ini. Selain dia dan Dia, belum ada lagi yang mampu menyentuh hati ini. Sahabat baikku berkata, yang mendekatiku ibarat terperusuk ke dalam lubang hitam.

Tetapi dia berjaya menyelaminya. Jangan cerita Dia, Dia Maha Berkuasa, tidak menyelami pun Dia tetap mengetahui.

Aaah.. aku tak peduli keseorangan. Aku memang rasa hidupku ditakdirkan dengan kesepian. Mungkin aku dan sunyi itu kembar tika dilahirkan.

Tidak difahami manusia bukan hal besar untuk aku. Sebab aku tidak pernah memandang pun kepada manusia untuk menjiwai aku. Manusia hanyalah komposit pelik yang merasakan dirinya bagus. Akhirnya masing-masing mementingkan diri. Sukar hendak berjumpa dengan yang benar-benar ikhlas pada hari ini.

Aku benci bicara manis. Aku hanya suka amalan yang bersih.

Yang membumikan amalannya, itu yang aku cinta.

Kalau cinta, buktikan cinta dengan amal, perbuatan, pergerakan. Bukan sekadar bicara kata.

Jika kamu bukan antara yang mampu melakukannya, maka biarkan aku sendirian sahaja.

Sebab kamu kepada aku tidak bermakna apa-apa.