Suka minta belas.

Saturday, May 15, 2010

 

Credit: SilentSpiritWolf from Deviant Art



Manusia suka meminta belas manusia. Kadangkala, lebih dari Allah. Eh, adakah kadangkala itu benar untuk aku gunakan? Atau sememangnya, biasanya manusia melebihkan manusia berbanding Allah? Aaah.. aku lepaskan itu untuk manusia yang menilai diri mereka sendiri.

Jadi manusia, kenapa kamu selalu meminta belas dari manusia lain? Bukanlah belas ini aku maksudkan hanya pada kasihan dan kasih sayang. Kadangkala, perhatian dan populariti juga merupakan satu bentuk belas.

Mungkin orang akan menempelak aku. TAK BOLEH KE???? Apa kata kau lepaskan tempelak kau itu kepada Allah? HEI ALLAH, TAK BOLEH KE AKU MINTA BELAS KAT ORANG LAIN?

Aku mengira, apakah Allah tidak cukup untuk manusia?

Ya, manusia perlukan manusia. Itu bicara sahabatku. Tetapi keperluan manusia kepada manusia pun, tidaklah pernah mengurangkan sedikit pun keperluan manusia kepada Allah. Ini selalunya, Allah ditinggal, manusia dilebihkan.

Dan tidak pernah sekali, apabila manusia dilebihkan daripada Allah, ianya membawa kebaikan.

Manusia, kamu boleh fikir-fikir apa yang aku cakapkan.

1 comments:

akuinsanlemah said...

hablum minallah wa hablum minannas.

Allahlah segalanya..
tapi..terkadang dek alpa akan kuasa Allah..maka manusia jadi terlalu bergantung kpd manusia lainnya.

lupa
dan alhamdulillah, tak di biar terus lupa...

Allahu akbar!
syukran fr da post