Biar sendirian

Monday, April 19, 2010

 

Picture by: nenee from deviant art


Aku tak pandai panjang bicara. Aku memang tak banyak berkata-kata.

Sebab aku sendiri. Dari lahir hinggalah ke hari ini. Selain dia dan Dia, belum ada lagi yang mampu menyentuh hati ini. Sahabat baikku berkata, yang mendekatiku ibarat terperusuk ke dalam lubang hitam.

Tetapi dia berjaya menyelaminya. Jangan cerita Dia, Dia Maha Berkuasa, tidak menyelami pun Dia tetap mengetahui.

Aaah.. aku tak peduli keseorangan. Aku memang rasa hidupku ditakdirkan dengan kesepian. Mungkin aku dan sunyi itu kembar tika dilahirkan.

Tidak difahami manusia bukan hal besar untuk aku. Sebab aku tidak pernah memandang pun kepada manusia untuk menjiwai aku. Manusia hanyalah komposit pelik yang merasakan dirinya bagus. Akhirnya masing-masing mementingkan diri. Sukar hendak berjumpa dengan yang benar-benar ikhlas pada hari ini.

Aku benci bicara manis. Aku hanya suka amalan yang bersih.

Yang membumikan amalannya, itu yang aku cinta.

Kalau cinta, buktikan cinta dengan amal, perbuatan, pergerakan. Bukan sekadar bicara kata.

Jika kamu bukan antara yang mampu melakukannya, maka biarkan aku sendirian sahaja.

Sebab kamu kepada aku tidak bermakna apa-apa.

3 comments:

zhyne said...

<3 thiz!!!!


tahniah!

bezt!

Rabiah88 said...

Assalamulakum, bgus puisi ni terus terang saya kagum dgn saudara.saya xpernah jmpa org mcm saudara dalam dunia.seorg yg seolah hidup didunia antara saudara dan ALLAH shja. Alangkah baiknya jika saya seperti saudara.Teruskan berkarya dan tahniah..

♥m—ěrA♥ said...

suka:)