Manusia, aku kasihan kalian.

Tuesday, April 20, 2010

 

Credit: Spaild fromDeviant Art


Hidup ni,kalau kita hanya inginkan perhatian manusia,percayalah kita akan kecewa. Semenjak aku terlahir, aku sudah melihat ramai manusia. Mereka berpaut kepada manusia lain dan akhirnya kecewa. Kemudian berbising-bising bertanya di manakah bahagia. Melalak-lalak kenapa rasa tidak tenang di dalam jiwa.

Kenapa manusia tidak pernah melihat kepada Yang Menghidupkan mereka?

Kenapa manusia tidak pernah terfikir akan Yang Memberikan mereka rezeki ketika di dalam rahim?

Yang Membelai tanpa tangan-Nya yang terlihat, Yang Maha Penyayang tanpa batas, Yang Maha Pengasih tanpa wujud tandingan. Kenapa mesti manusia yang hendak dijadikan matlamat di pengakhiran?

Kerja kerana manusia, belajar kerana manusia, tersenyum kerana manusia, tidakkah ianya memenatkan? Manusia itu makhluk kerdil. Tidak kuat. Lemah. Tidak mampu dalam banyak perkara. Terbatas. Mustahil manusia mampu memenuhi hak kita sepenuhnya.

Jadi kenapa aku lihat ada manusia sujud kepada manusia?Menakutinya seakan-akan mereka Tuhan kepada sebahagian mereka yang lain?

Aku tidak mengerti. Allah Pemilik Bahagia, Pencipta Senang, justeru kenapa manusia tidak tunduk kepada-Nya?

Patutlah bahagia tidak mampir. Patutlah kesenangan tak terwujud. Patutlah ketenangan tidak hadir.

Saban hari hanya lelah mengejar redha yang kerdil.

Sedang Yang Maha Besar, Yang Sentiasa Memerhati, Yang Luas Kasih Cinta-Nya, langsung tidak diperhati.

Manusia, nyata makhluk yang kebanyakannya merugi diri.

Aku kasihan.


5 comments:

Anonymous said...

salam. nyatalah hatinya buta. buta dek kuasa si kerdil yg hina. mungkin juga kerna mereka pernah kecewa, lantas meletakkan sang pencipta sebagai yg bersalah atas keadaan mereka. sedang meraka tk pernah terfikir bahwa nikmat hela nafas dan nadi dtgnya juga dr pencipta yg khalik jua.sakit dan perit jua ibarat garam dan gula kpd mereka. namun, mereka tak mengerti juga tak mahu utk mengerti.. reflek diri buat aku juga, insan yg lemah.

Anonymous said...

Aku kasihan

lalu aku memimpin

Aku kasihan

lalu aku menyeru

Agamaku sesungguhnya nasihat

Anonymous said...

diriku lemah
diriku kosong
diriku kelam
diriku gelap gelita tanpaMU
YA RABB.pimpinlah aku.
kerana ENGKAU pemilik sebenar jiwaku.
ameen.

pohon nyor said...

Assalamualaikum....

tgok gmbo tu teringat kata2 ni:

"Every smile is a lie, every laugh is a fake, all because i'm crying inside and dont want my tears to show.."

ternyata sebaik2 tangisan adalah kerana Allah..menyesali dosa2 yang pernah dilakukan...

peace...^_^...

Anonymous said...

ermm...saya mengaku pernah mengharap ada manusia memahami saya...btw,aku tak akan dapat rasa sesiapa pun yang faham tentang aku...aku pernah menangis sebab itu..dan mmg terasa sgt BODOH!

tapi hakikatnya..hidup mengajar aku hakikat CINTA...

Biarlah cinta aku kerana Ya Qahar,
Aku akan mencintai hamba-hambaNya yang dicintainya,
dan Cinta aku untuk hamba-hambaNya yang juga mencintainya...
cinta aku pada manusia..biarlah kerana iman...

mmg bodoh menangis sebab tak dapat penghargaan dr manusia...mmg bodoh aku menangis hanya kerana DUNIA!