Credit: ReNeon from Deviant Art
Puisi - Kau Yang Melarikan Diri
Kau membenci yang memberi peringatan
sedang dia menyelamatkan kau dari neraka tuhan
kau fikir orang lain tak perlu memberikan teguran
kau kau dia dia tuhan tuhan
kau fikir waktu masih panjang
hidup nanti-nati boleh taubat
kau fikir hidupmu masih punya waktu
usia bila-bila boleh minta ampun
angkuhnya diri kau berfikir begitu
bongkak sungguh meraja di kalbu
jangan tanya aku mana kutahu
semuanya jelas terpapar pada wajahmu
kau terus berlari
pemberi peringatan kan terus mengejar
kau terus menyisih
mereka akan tetap cuba berselisih
ke hujung dunia kau bersembunyi
mereka tetap kan terus mencari
kerna mereka tidak seperti kau
kalau ada yang berpaling mereka terasa galau
kerna mereka tidak seperti kau
kalau ada yang ke neraka mereka terasa risau
mungkin kau tidak fahami
sebab itu kau melarikan diri
aku tidak peduli
nanti di neraka, baru sebenarnya kau memahami
sekurangnya, aku sudah memenuhi hak kau di kefanaan ini.
~angkasa sakti
16.20pm
150510
Lagu Aku Bukan Pilihan Hatimu
Puisi Kau Yang Melarikan Diri
1 comments:
#
kau akan terus dikejar..
tapi kau perlu ingat..
kau bertuah saat hidaya itu datang..
tapi ia tak akan selamaya begitu..
jangan nanti sesal disaat roh sampai ke kerongkong..
disaat kau sudah merasa azabnya akhirat.
disaat itu..kau dan hanya kau sahaja yang menanggungnya..
hanya kau dan Tuhan yang tahu.
Post a Comment