Puisi - Celaru Agama

Wednesday, May 5, 2010

 

Credit: Arbebuk from Deviant Art


Puisi - Celaru agama


kenapa tercampak dalam kelam
kerana kamu tidak mengambil cahaya
celaru dalam memandang agama
kerana kamu tidak mengkajinya

kenapa salahkan tuhan
kenapa tuding jari pada yang melakukan kesilapan
sedang kau sendiri tidak memerhatikan
lantas yang sempurna juga kau salahkan

hei orang punya akal
kenapa pemikiranmu itu tidak digerakkan?
putarkannya mencari kebenaran
dari berdiri melontar-lontar tuduhan

jangan kau kata Islam itu bercelaru
sedang kau terhadap agama yang bercelaru
hilang dan tenggelam, lemas dengan keliru
kerana tidak memaut pelampung di dalam kehidupan yang bernama ilmu


~angkasa sakti
08.54PM
050510
Lagu Aku Milikmu
Puisi Celaru Agama

2 comments:

hearttracker said...

kenapa salahkan tuhan
-kenapa perlu salahkan tuhan?? DIA lah Rob, DIA lah Maalik, DIA lah Ilah.

kenapa tuding jari pada yang melakukan kesilapan
-kenapa perlu menuding jari pada yang melakukan kesilapan??seandainya tersilap, sama-samalah perbetulkan kesilapan.

sedang kau sendiri tidak memerhatikan
-kenapa sendiri tidak memerhatikan??mungkin terlupa tuk memerhatikan.perlukan yang lain untuk mengingatkan.

lantas yang sempurna juga kau salahkan
-hanya DIA lah, Allah Yang Maha Sempurna.siapalah kita tuk menyalahkan.

wallahu a'lam..

Anonymous said...

celaru
memang celaru.

kacau
memang kacau

kontang
jiwa kontang

cahaya
cari cahaya

ilmu
suluh mindamu

iman
suluh jiwamu

tenanglah
lerai buntumu